Merci Beaucoup!!!!!Visit Us Again......

Powered By Blogger

Wednesday, 17 August 2011

Anda Sedih????Dukacita???

Empat perkara yang dapat menggembirakan dan menghiburkan hati:
  1. Melihat warna hijau (sebaik-baiknye warna asli seperti tumbuh-tumbuhan)
  2. Melihat air yang mengalir seperti air sungai, air terjun dan sebagainye
  3. Melihat wajah orang-orang yang dikasihi seperti ibu bapa, guru-guru, orang-orang soleh dan sebagainye
  4. Melihat buah-buahan, khususnye yang masih ranum di atas pokok.
 Tiga perkara yang dapat menghilangkan dukacita:
  1. Zikrullah
  2. Berjumpa wali-wali Allah
  3. Mendengar kate-kate hikmat
* Sekarang kite dh tau kan, so ape kate kite same2 amalkannye ea.......Selamat Beramal Kawan-kawan.....

Badrol Bakhtiar dan Wan Zack Haikal Di "Pancing" Wigan Athletic.......

Assalamualaikum from Anything&Everything blog......pagi ni aku nk inform kt sume orang yang 2 pemain kite di panggil untuk "trial" berssama kelab yang beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL). jika aritu kite tau sorang je kan yang akan dipanggil tetapi laman web rasmi fan kelab Wigan Athletic memberitahu yang die akan memanggil seorang lagi player Harimau Muda. Pemain Tersebut baru menjaringkan satu gol untuk membantu skuad Harimau Muda mengatasi pasukan Dolny Kubin dengan jaringan 2-0....satu lagi dijaringkan oleh Hazwan Bakri......Pemain tersebut ialah Wan Zack Haikal.......pemain ini dikenali dengan kelajuannye dan ketajaman di hadapan gol.....sorang lagi pemain yang akan mengikuti jejak langkah Wan Zack adalah Badrol Bakhtiar yang sebelum ini belum dapat di sahkan lagi.......Badrol juga dikenali dengan kesungguhannye apabila beraksi,kelajuan lariannye dan mampu menggunakan kedua2 belah kakinye untuk melakukan percubaan ke arah gawang lawan......aku harapkan kedua2 player ini akan menunjukkan kebolehan masing2 nanti supaya dapat mengharumkan name negara di mata dunia dan mungkin dapat membuka lebih banyak mata kelab lain supaya player yang laen berpeluang beraksi dan menimba ilmu di kelab-kelab besar.......gud luck to Badrol Bakhtiar dan Wan Zack Haikal.......

*klu ade yg x percaye berita ini,boleh la klik link ini (www.wigan.vitalfootball.co.uk).....

Tuesday, 16 August 2011

Paderi gay pertama Malaysia kahwin di New York

Ouyang Wen Feng
Assalamualaikum from Anything&Everything blog.......ni satu lagi citer panas aku dengar pagi2 bute ni......alah pasal paderi gay pertama di malaysia akan berkahwin pada 31 0gos ni bertempat di New York......buken ke tarikh 31 ogos tu tarikh kite bebas dari penjajahan.....nape die nk kotorkan tarikh tersebut dengan melakukan perkara sebegini?????????mane la pihak kerajaan yang sebelum ni menentang keras Demontrasi bersih 2.0 aritu???????yang ni x nak menentang ke??????mane PATRIOT yang dianggotai ramai orang "luar negara"......mane PERKASA yang agak lantang sebelum ni nk menjage maruah negara??????x kan dengan sorang pun takut kot.....yang aritu dengan puluhan ribu x takut plak......ni bukan ke akan menjatuhkan maruah negara kite apabila die kahwin ngan "jantan" jugak pada tarikh tersebut........senang2 je orang jatuhkan maruah negare........lagi satu,kenape siap ade gereja gay di malaysia ni......Adakah negara yang dikatakan Negara Islam ini yang sebenarnye melahirkan gereja2 gay??????/kenape x ade tindakan dari pihak kerajaan.......lu bikin wa panas je.......

GO MORE KELANTAN GO MORE!!!!!

male ni boh...

Paul wt kontroversi plok doh..

Mt Yo wei gak sebutir duo....
Assalamualaikum from Anything&Everything blog.......Sape2 yg ade keje pade malam ni boleh la mintak cuti awal2 ea dari majikan sebab team kesayangan kite Kelantan akan menentang Selangor di stadium Shah Alam pada hari ni......sume rakyat kelantan tau kan yang semalam kosmo memuji selangor yang dianggap mempunyai "defend" yang terbaek sebab selangor tidak pernah bolos lagi sepanjang aksi pemanas badan ni......tapi ape kurangnye dengan Pahlawan Merah, kelantan telah berjaya mendapatkan khidmat dua orang stiker dari pahang iaitu Alex(azamudin akil) dan R.Surendran...kemampuan mereka telah terbukti apabila berjaya menjaringkan gol ketika aksi menentang Kuala Lumpur yang berkesudahan dengan kelantan mengatasi kuala lumpur 5-0......jaringan kelantan disempurnakan oleh Piya, Roya, K.Soley(Solehin), Alex dan Surendran.....keserasian mereka telah terbukti dengan menjaringkan goal pada first math bersama dengan kelantan......kehadiran kedua2 penyerang ini sedikit sebanyak akan meringankan beban yang sebelum ini di galas oleh penyerang prolifik kelantan dan malaysia iaitu Mat Yo(Norshahrul)......ape2 pun saya doakan yang terbaek kepada team kelantan yang akan cube meranapkan gelaran yang diberikan oleh kosmo kepada team selangor......

*sapo2 wt gi tu jange tinggal la deh maye ngorib nge isyak......klu bulih wt la jgk terawih....x de situ,wt rumoh.......

Amah Oh Amah!!!!

Rospita di kehendaki


Assalamualaikum from Anything&Everything Blog......arini buke2 je paper terus "sakit telinga"......cover page plak tu......arini aku nk story la cket pasal kejadian semalam ni......Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk mendakwa kerugian hampir RM300,000 apabila sejumlah barangan kemas dan wang tunai miliknya dilarikan seorang pembantu rumah warga Indonesia di Taman Mutiara Gombak 2 dekat sini pada Sabtu lalu.Tapi sekarang ni kan hal macam ni dah jadi kebiasaan kan......kite ni negare yg terlebih baek hati sampai rakyat merana......x caye?????ok,ni aku nak gitau satu bende.......klu korang ade bace kat paper pasal amah dari Indonesia yang didera di Arab Saudi, Pemimpin dan rakyatnye sibuk la berdemontrasi, hantar surat la kat sane tapi diorang pernah x terpikir yang ape rakyat die wat kat cini......kejadian amah culik bayi la,larikan duit majikan la.....tu pun penderaan jugak tau......mane pergi kerajaan kite ea???????Tolong la ambik tindakan tegas......aku dapat satu information panas jugak la,sumber aku kate amah yang dibawa masuk ke negara tercinta kite ni sebenarnye adalah rakyat yg bermasalah di Indonesia.....aku pun x kompem jugak la psl ni.....tapi logik jugak sebab banyak je kes amah wat hal.......

majikan: amah,tolong wat kan kopi untuk saye satu.....

amah: lu sapa wa mau goyang.....(jgn sampai amah pijak kepala kite ea)......

aku x cakap sume amah dari Indonesia teruk tapi ade segelintir yang teruk......nk kerje, kerje elok2......wassalam.................

kenape Babi Haram ea?????

Sejarah Tragedi Penyakit Bawaan Khinzir
Pada tahun 1918 virus Influenza telah membunuh lebih daripada 20 juta manusia di seluruh dunia. Dan ada juga yang menganggarkan lebih 40 juta yang menjadi mangsa. Antara sebabnya apabila dibuat kajian ialah kuman-kuman ini sebenarnya datang dari babi-babi di Amerika, yang menjangkiti tentera-tentera Amerika pada Perang Dunia I. Dan tentera-tentera ini seterusnya membawa wabak ini ke merata tempat di pelbagai negara di seluruh dunia.
Dikatakan jumlah kematian berlaku dalam tempoh yang singkat dan wabak ini pada ketika itu adalah antara wabak yang membawa kematian yang cukup besar jika dibandingkan dengan lain-lain wabak penyakit moden pada masa itu. Dan setelah dibuat kajian terperinci, ternyata punca wabak ini adalah daripada kuman virus yang datangnya daripada babi.
(Sumber: The Civil Aboliotionist, New Pig Virus Capable of Infecting Human, New York, 1998 )

Pada tahun 1957 satu wabak yang dinamakan sebagai Asian Flu dan juga wabak yang menyerang Hong Kong pada tahun 1968 adalah berkemungkinan berpunca daripada binatang ternakan, sebelum ianya menjangkiti babi. Di dalam babi pula, virus ini berubah kepada bentuk yang lebih berbahaya, sebelum ianya menjangkiti manusia. Wabak-wabak ini telah meragut nyawa lebih 2 juta orang.
(Sumber: Sun 26 Mac 2000, The 1918 Flu Pandemic: What Have We Learned From This? pg 1)

Betulkah Virus Boleh Berubah Dalam Bentuk Yang Lebih Bahaya Di dalam Khinzir?
Jawapan kepada soalan ini telah dijawab oleh Alex Fano, pengarang sebuah buku terkenal Lethal Laws - Animal Testing, Human Health and Environmental Policy. Beliau juga adalah Pengarah Medical Research Modernisation Committee. Di dalam buku tersebut, beliau telah mengesahkan, kuman-kuman virus daripada babi ini mampu berubah dan menjadi lebih berbahaya atau mutations, daripada semasa ke semasa.
Manakala di sekitar tahun 50-an pula, kita dikejutkan dengan cacing Trichina daripada babi yang menjadi penyebab kepada penyakit Trichinusis. Tidak ada ubat yang boleh mennyembuhkannya pada ketika itu. Dan oleh kerana itu, satu amaran telah dikeluarkan di Amerika tentang bahaya memakan daging babi. Amaran tersebut telah dikeluarkan di Washington Post bertarikh 31 Mei 1952 dan dikeluarkan oleh Dr. Glen Shepard.
(Sumber: Washington Post , 31 Mei 1952)
Virus-Virus Daripada Khinzir
Ternyata amaran yang dikeluarkan daripada firman Allah telah mula dapat disyukuri oleh mereka-mereka yang beriman dan mentaati perintahNya. Pelbagai kajian mula dibuat secara lebih terperinci.
Di dalam Journal of Virology 1997, dilaporkan kajian yang dilakukan oleh 12 orang pakar-pakar sains yang diketuai oleh Dr. Yoshihiro Kawaoka, dari Universiti Wisconsin. Pertemuan mereka jelas menunjukkan, pada kerongkong babi ada sel-sel tertentu yang mampu mengubah pelbagai kuman virus kepada bentuk yang berbahaya kepada manusia. Saintis- saintis menganggap babi sebagai mixing vessel atau 'tempat pelbagai kuman dikumpulkan untuk diubah kepada bentuk yang berbahaya'.
(Sumber: The Detroit News, Scientists Discover the Infection Route Between Bird Virus and Pigs, Robert Cooke, Okt 20,1997)
Di dalam BBC News pula, pada 29 Oktober 1999, telah memfokuskan penemuan para saintis yang menunjukkan, virus babi menjadi punca berlakunya wabak-wabak yang paling teruk di dalam sejarah dunia perubatan moden pada tahun 1918. Saintis-saintis mendapati wabak-wabak yang menyerang Hong Kong pada tahun 1968 juga berpunca daripada virus babi.
Mengikut kajian itu juga, virus binatang yang biasanya tak menjangkiti manusia bertukar menjadi kuman yang berbahaya yang menjangkiti manusia, selepas memasuki sel-sel di dalam babi ini. Penemuan ini mampi memberi jawapan kepada punca empat wabak penyakit demam selsema flu yang menyerang dan membunuh jutaan manusia pada abad ke 20.
Penyakit-penyakit ini bermula dengan serangan Spanish flu pada 1918, diikuti Asian flu pada tahun 1957 dan Hong Kong flu pada 1968 dan Russian flu pada 1977. Kajian-kajian oleh saintis ini menunjukkan kuman-kuman pembunuh ini dikeluarkan oleh babi sebelum menjangkiti manusia sejagat, terutamanya pada tahun 1918.
(Sumber: Centres For Disease Control & Prevention, Pandemic Influenza, USA 2000)

Monday, 15 August 2011

Kenali Penyokong Bola Sepak Kelantan

penyokong kelantan

kete penyokong kelantan

solat didalam stadium sultan muhammad ke4

solat didalam stadium sultan muhammad ke4

penyokong kelantan
solat itu wajib
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kpd sume pembace blog Anything&Everything. Tengahari ni aku nk berkongsi sket picture dan "tabiat" penyokong bola sepak kelantan......As we know,sume orang tau yg warga kelantan sangat fanatik terhadap bola sepak sejak kebelakangan ini......x percaye?????tgk gmbr di bawah ea......klu maen di kelantan,tiket sebelum match kompem dh lesap sume disambar penyokong.....ade orang yang x bertanggungjawab also known as "ULAT" mengambil kesempatan dengan menjual tiket dengan harge yang berlipat kali ganda......dh la harge tiket di kelantan yg paling mahal,ulat masih nk ambik kesempatan lagi??????ade hargenye yang mencecah RM30 sedangkan harge asal tiket hanyalah arond RM 12......geram rasenye....hehe......ade orang cakap "FAN KELANTAN MASUK AWAL SEBAB X SOLAT???????" x dinafikan memang ade penyokong yang x solat tapi kite x boleh blame sume skali......lgpn klu maen kat kelantan,pihak MPKB or Majlis Perbandaraan Kota Bharu akan menyediakan beberapa lori utk penonton mengambil wudhuk dan ruang solat juga disediakan didalam stadium walaupun hanye beralaskan tikar at least kite solat........bak kate Ustaz Azhar Idrus"nak tengok bola boleh tp jangan berlebihan apatah lagi sanggup meninggalkan solat"......

Jakim sahkan mentega haram!!!!!!

HARAM TETAP HARAM!!!!!
ASKM especially kpd pembuat kek2 raye.....korang pasti "panas" arini sbb jakim dh sahkan didalam paper yg mentega jenama Pure Creamery Butter-Golden Churn yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal.macam mane asyik lepas je orang "HARAM" ni bwk barang2 mcm ni ea......cube siasat btl2.....ade la sape2 yg kecut perut nt kn.......nsb baek yg ni smpt jakim tangkap,klu x nmpknye kite 'Braye dgn kuih or kek dari mentega yg HARAM la kn......for sure yg ni lbh murah if we compre than others mentega........sbb tu,INI PESANAN KHAS KEPADA PEMBUAT KEK DAN KUIH2 SEMALAYSIA......."JANGAN PIKIR DARI SEGI KEUNTUNGAN SEMATA-MATA,PIKIR HALAL DAN HARAM,DOSA DAN PAHALA, DAN INGAT DUIT YG DIPEROLEHI DENGAN CARE HARAM ADALAH DUIT YG X BERKAT".......same2 kite HINDARI produk yg haram yg diCIPTA agen ZIONIS utk menghancurkan ORANG ISLAM.......

4 vs 4???????

Empat perkara yg mengurangkan kecerdikan kite:
  1. Selalu makan makanan dan buahan yang masam.....
  2. Tidur meniarap
  3. Dukacita tentang perkara dunia
  4. Banyak bersedih dan putus asa

                           VS                         
   
Empat perkara yang menguatkan minda kite:
  1. Tenang hati
  2. Bersederhana dalam makan dan minum
  3. Berjadual dalam pemakanan
  4. Mengeluarkan lemak yang berlebihan dalam badan


ASKM.......klu aku perhati la dari ape yg aku ambik dari buku ni aku rase ramai org yg wt empat perkare kt atas berbanding empat perkara di bawah......yg paling famous sekali makan makanan or buahan yg masam.....sape x suke makan "jeruk pauh" kan.......best bro!!!!!aku pun suke jgk......suke2 jgk tapi kene jage la mkn jgn smpi berlebihan plak.......hehe.....dan empat perkara yg menguatkan minda tu yg paling susah sekali aku rase bab bersederhana dalam makan dan minum......korang sume x yah nk tipu la ea......tmbh2 time bulan pose ni ikut je ape yg terlintas di kepala......ayam golek madu,bakso,karipap,sardin gulung,nasi kukus dan macam2 lagi la...klu nk list mmg x hbs la kan......hehe......dh la "melahap" time berbuke,lps terawih ade plak moreh kt surau.....kt tmpt aku x yah ckp la....mkn mmg best je......satay,mee kari,bihun goreng,nasi sup,kuih-muih,roti jala dan macam2 lagi la.......tp location x leh gitau nt hbs plak moreh tu,x smpt aku nk mkn.......hehehe.....selalunye mmg bnyk dorg wt.........sume sedap2 la.......tu yang aku kate susah sket nk jage bab tu....tp x pe,skrg kite sume dh tau kn.....SO,ape kate mulai skrg kite same2 jage sume perkara di atas especially yg aku tekankan td supaya kite akan memperolehi minda yg lebih tajam lagi......."JANGAN IKUT NAFSU EA, SUME,MAKAN BERPADA2".....wassalam.......

ALEX & SURENDRAN AKHIRNYE MENYERTAI KELANTAN


go more kelantan go more

ni la surendran......
Alex
ASSALAMUALAIKUM kpd sume......pg ni aftr slt subuh aku rase aku nk share la cket psl team negeri aku ni......team mane lg klu bukan team yg power.......team KELANTAN la kan......hehe.....last week,kelantan sudah memperolehi kebenaran drpd team pahang utk meminjamkan dua orang striker team pahang.....sorang ni aku mmg knl sbb die mmg ade bnyk la kebolehannye seperti menggelecek,accurate shoot dan laju.........player yg aku maksudkan adalah Azamudin Akil also known as Alex......die ni mmg bhya dpn gawang gol.....x caye cube la kite ingat blk time kite lwn team pahang mesti die ni akan score gol dan mengancam kubu pertahanan kite yg di kawal oleh farisham dan subramaniam......yg sorang lg striker ni aku x brape knl sgt tp mungkin power jgk la kot sbb "terpilih" mewakili kelantan ni kn....tapi kedua2 striker ni kelantan pinjam only for Piala Malaysia je.......tapi aku rase baek kelantan terus bagi je kontrak kat Alex tu,die mmg power la......sesuai digandingkan dengan striker kite yg famous tu.....sape lg klu bukan norshahrul kan aka Mat Yo.......psl mat yo x yah nk cerite panjang la sbb korang sume msti dh knl kn ngan player yg suke msk dr tepi padand ni kn.......smpi tergolek2 player Indon nk menyekatnye tapi LEPAS jgk........hehe.....lastly aku harap x kire la sape yg maen utk kelantan nanti,maen btl2......jgn ambik rasuah dan pikir penyokong dh beri sokongan 200% dan x kan korang nk maen biase2 je.......tnjk la kehebatan RED WARRIORS......kite PAHLAWAN MERAH x kan gentar dengan mane2 pasukan la wei.......gud luck.....

Saturday, 13 August 2011

AZAB MENINGGALKAN SOLAT!!!!!!FIKIRKANLAH.......

Dosa Meninggalkan Solat Fardhu :

1. Solat Subuh : satu kali meninggalkan akan dimasukkan ke dalam neraka selama 30 tahun yang sama dengan 60.000 tahun di dunia.
2. Solat Zuhur : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan membunuh 1.000 orang umat islam.
3. Solat Ashar : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan menutup/meruntuhkan ka’bah.
4. Solat Magrib : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan berzina dengan orangtua.
5. Solat Isya : satu kali meninggalkan tidak akan di redhai Allah SWT tinggal di bumi atau di bawah langit serta makan dan minum dari nikmatnya.


6 Siksa di Dunia Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu :

1. Allah SWT mengurangi keberkatan umurnya.
2. Allah SWT akan mempersulit rezekinya.
3. Allah SWT akan menghilangkan tanda/cahaya soleh dari raut wajahnya.
4. Orang yang meninggalkan solat tidak mempunyai tempat di dalam islam.
5. Amal kebaikan yang pernah dilakukannya tidak mendapatkan pahala dari Allah SWT.
6. Allah tidak akan mengabulkan doanya.


3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Menghadapi Sakratul Maut :

1. Orang yang meninggalkan solat akan menghadapi sakratul maut dalam keadaan hina.
2. Meninggal dalam keadaan yang sangat lapar.
3. Meninggal dalam keadaan yang sangat haus.

3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu di Dalam Kubur :

1. Allah SWT akan menyempitkan kuburannya sesempit sempitnya.
2. Orang yang meninggalkan solat kuburannya akan sangat gelap.
3. Disiksa sampai hari kiamat tiba.

3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Bertemu Allah :

1. Orang yang meninggalkan solat di hari kiamat akan dibelenggu oleh malaikat.
2. Allah SWT tidak akan memandangnya dengan kasih sayang.
3. Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa dosanya dan akan di azab sangat pedih di neraka.


Mengenai balasan bagi orang yang meninggalkan Solat Fardu: "Rasulullah SAW, diperlihatkan pada suatu kaum yang membenturkan kepala mereka pada batu, Setiap kali benturan itu menyebabkan kepala pecah, kemudian ia kembali kepada keadaan semula dan mereka tidak terus berhenti melakukannya. Lalu Rasulullah bertanya: "Siapakah ini wahai Jibril"? Jibril menjawab: "Mereka ini orang yang berat kepalanya untuk menunaikan Solat fardhu". (Hadits Riwayat Tabrani, sanad shahih)

Sumber : Dari Buku Himpunan Fadhilah Amal - Maulana Muhammad Zakariyya Al Kandhalawi hal 107











source from : http://www.facebook.com/notes/blog-teh-secawan/azab-meninggalkan-solat-sungguh-mengerikan/229048200457348

Orang-Orang Yang Berhak Menerima Zakat

source:jakim

Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Orang fakir miskin (yang sangat menderita) bukanlah orang yang (menadah tangan) meminta- minta ke sana ke mari kepada orang ramai, yang apabila ia mendapat sesuap atau dua suap makanan, atau mendapat sebiji atau dua biji buah kurma “ ia akan pergi ke tempat lain meminta lagi. Sebenarnya orang fakir miskin (yang sangat-sangat menderita) itu ialah orang yang tidak mempunyai sesuatu yang mencukupi sara hidupnya. Dan ia pula malu hendak meminta bantuan kepada orang ramai, dan orang ramai pula tidak mengetahui keadaan penderitaannya untuk diberi bantuan.( orang inilah yang sebenarnya layak diberi zakat)

Huraian Hadith: 
1. Golongan Fakir miskin adalah orang-orang yang hidupnya susah yang terdesak sehingga terdorong meminta sedekah ke sana ke mari.
2. Terdapat segelintir fakir miskin yang hidupnya sentiasa lapar dan menderita, dan mereka pula tidak rela mengadukan hal kepada orang lain. Keadaan mereka yang menyedihkan itu tidak diketahui umum. Golongan inilah sebenar-benarnya yang miskin, dan merekalah yang lebih layak menerima zakat.
3. Golongan yang berhak menerima zakat terbahagi kepada lapan asnaf, mereka ialah: orang fakir, orang miskin, amil, golongan muallaf, hamba abdi, orang yang menanggung hutang untuk dibelanjakan pada jalan Allah dan orang-orang musafir.
4. Mereka yang layak menerima zakat pula disyaratkan antaranya;beragama Islam, bukan orang yang ditanggung nafkahnya dan bukan dari keturunan Nabi Muhammad SAW.

pentingnye solat!!!!!

HADITH: RUKUN ISLAM
عن أبي عبد الرحمن عبد الله بن عمر بن الخطاب رضي الله عنهما قال: سمعت رسول الله (صلى الله عليه وسلم) يقول: "بني الإسلام على خمسٍ؛ شهادة أن لا إله إلا الله وأن محمداً رسول الله، وإقام الصلاة، وإيتاء الزكاة، وحج البيت، وصوم رمضان". (رواه البخاري ومسلم)

Maksudnya:

Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar r.a berkata : Aku telah mendengar Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda : Islam itu didirikan atas lima (pekara) - menyaksikan bahawa tiada Ilah melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan solah, mengeluarkan zakat, menunaikan haji ke Baitullah dan puasa sebulan Ramadhan.

(HR. Bukhari dan Muslim)



assalamualaikum......pagi ni saye nk brkngsi sket ilmu pengetahuan saye tntg kewjpn slt ke ats setiap muslim.....hadith ni saye dh hfl sejak form 2 lg sbb time 2 nk exam PMRU or penilaian menengah rendah ugama.........dulu stkt hafal untuk exam je la tapi skrg baru mendalami sket ape yg dimaksudkan dengan kewajipan solat ni.......sume orang tau solat ini tiang agamatetapi nape kite sanggup meninggalkan solat???????as example,klu kite nk bina rumah tapi x de tiang adakah mampu kite siapkan rumah itu???????x kisah la kite pndi mcm mane pn kite tetap perlukan tiang untuk membuat rumah....x caye tanye org yg wt rumah.......hehe..........petikan daripada ustaz azhar idrus "tidak dinamakan islam bagi orang yg tidak menunaikan solat kerana itu merupakan salah satu rukun islam"........adakah kite pernah terpikir kite sanggup meluangkan mase untuk fb,lepak,menonton wayang dan sewaktu dengannye tetapi kenape kite x blh nk menunaikan solat yang hanye mengambil mase brape minit je.......bak kate ustaz azhar idrus "x kisah la org tu dh x de telinga,or trlantar ats katil tetapi selagi die bernyawa die wjb menunaikan solat sbb solat blh ditunaikan mengikut keadaan masing2......(tapi kene belajar la ea,jgn maen2 slt je)....hehehe.....jap ea jap saye upload video care solat utk org skt......jadi same2 la kite pikirkan,kite atas muka bumi ni hanye seketika dan akhirat yang kekal abadi....skrg klu kite x solat x de pape sbb x de org nk mrh or dh mnjadi kebiasaan anak muda zaman skrg ni maen2 ngan solat....rileks je die ckp"alah jap lg kite qadha la solat".....tp ingat ALLAH sudah memberi peringatan setiap perbuatan kite walau sekecil zarah sklpn akan di adili di akhirat nanti.....so,renung2kanlah.....untuk peringatan diri saye sndri juga......bersama-samalah kite menunaikan rukun islam ini supaya kite memperteguhkan lagi tiang agma bukan merobohkan tiang agma.......wassalam......

Friday, 12 August 2011

amazing!!!!!!!!

pagi n saye nk berkongsi pasal solat terawih la sebab kite kn dalam bulan pose n.........kebiasaannya solat terawih di malaysia mengambil masa antara 1 jam untuk 8 rakaat tetapi di turki sebaliknye berlaku apbla di imami oleh imam turbo......kompem la klu mcm ni kejap je solat terawih....jom same2 layan video imam turbo ni.....saye dapat melalui fb utk dikongsikan..........klu ade lagi orang yg bagi alasan x nak solat terawih sbb lame la,pnt la mmg x masuk akal klu imam n yg jd imam.......hehe......

YA ALLAH!!!!KUATKAN LAH SEMANGAT HAMBAMU SEKIRANYE HAMBAMU DI UJI SEBEGINI RUPA!!!!!!

"Abang, Tunggu Mak di Syurga Ya.."

Empat tahun dua bulan mak membesarkan Abang. Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya. Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita Abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir. Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum Abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari. Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis?
Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.
Januari 2011- Perut Abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman Abang sudah rosak, sudah 'reput'. Tidak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk Abang.
 26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah! Hah Hah.. Tergelak mak. Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah, Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur , tetapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang Abang minta. Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan Abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti. Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, Abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.
7 Mac 2011- Keadaan abang semakin kritikal. Perut abang semakin membesar. Abang tidak mampu untuk bergerak dan lebih banyak terbaring serta asyik sesak nafas. Mak semakin tidak tahan melihatkan keadaan Abang sebegini rupa. Mak bawa Abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat Abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan-lahan. Mak redha dengan ketentuan ilahi. Dalam hati mak juga terdetik, masa Abang sudah tidak lama lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan keadaan Abang? Mak cuma mampu untuk jawab, "InsyaAllah, Abang akan sihat!" Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tidak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu Abang sudah tiada harapan lagi. Mereka pun sedang bertarung dengan ujian Allah apabila anak-anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri yang telan.
13 Mac 2011- Hari ini merupakan hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa Abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah Abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan disaat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan Abang. Di rumah, setiap hari mak akan tanya, "Abang nak apa harini?"
Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab, "Mak, Abang nak naik kereta bomba!"
Mak termenung dengar permintaan Abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana?
Mak jawab, "Balai bomba!"
Sampai di situ, mak meminta izin daripada pegawai bomba. Mak kata padanya, Abang teringin sangat nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu cuma garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju Abang ke paras dada.
Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu, "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!" Bila lihat perut Abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tidak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Lantas dia terus dukung Abang dan letakkan Abang ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembira sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Tetapi Abang tidak perasan, ketika itu mak palingkan muka selama lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.
Hari lain, mak tanya lagi pada abang, "Abang nak apa?"
Abang pun jawab: "Abang nak naik lori sampah!" Mak dukung Abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.
"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?" Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju Abang dan beritahu perkara sama. Terus berubah mimik wajah mereka. Segera mereka angkat Abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup untuk melihat Abang lama-lama. Sedih agaknya. Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Kalau Abang nak tengok gajah, mak akan bawa Abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa.
Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung Abang. Abang pinta nak tengok burung, mak bawa Abang ke taman burung. Abang nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja Abang nak pergi dan apa sahaja yang Abang inginkan, semuanya mak tunaikan! Setiap hari juga mak tanya Abang nak makan apa. Macam-macam Abang teringin nak makan. Murtabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung , rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu Abang pinta pada pukul 3.00 pagi.
Mak tahu dan faham, masa Abang bersama mak dan abah semakin suntuk!
27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Abang sudah tidak mampu untuk berkata-kata, apatah lagi untuk bergerak seperti biasa. Mata Abang kuyu dan Abang hanya mampu terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan Abang. Mak segera pinta abah bawa Abang ke hospital.
"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!" Itulah kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.
5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama Kakak sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan Kakak pulang.
"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!" Mak pinta pada cikgu dan Kakak diizinkan pulang. Kemudian, Dr. Adura, doktor yang sinonim merawat abang juga datang melawat. Ketika itu mak ceritakan yang mak terkilan sangat tidak dapat tunaikan permintaan Abang yang mahukan kek berbentuk lori sampah.
7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat Abang lagi. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk Abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura datang membawa kek lori sampah yang Abang mahukan sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr Adura rajin menulis mengenai kisah abang didalam blognya dan ramai yang menawarkan diri untuk menyediakan kek yang abang pinta. Para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk Abang. Tetapi abang kurang ceria, wajah Abang tampak letih dan nafas abang turun naik.
8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tetapi abang sangat lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu. Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah Abang, bacaanya meningkat naik. Tetapi hati mak dapat merasakan yang Abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan Abang berada di dalam bilik. Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah Abang, mak peluk dan usap rambut Abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.
Dalam tangis itu, mak katakan pada Abang, "Mak tahu Abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu Abang nak pergi. Jangan tahan-tahan Abang. Pergilah menghadap Ilahi. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa sahaja hajat yang Abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan Abang dalam hidup mak walaupun seketika."
Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Mak juga berjanji bahwa mak tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia.
9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa Abang dah dekat sangat. Mak lihat Abang sudah kritikal. Wajah Abang sudah tampak biru, lebam! Dada Abang berombak, tercungap-cungap menarik nafas.
Abang sudah tidak mahu makan dan minum lagi sejak malam tadi. Pukul 8.00 pagi, abah dan kakak-kakak sampai. Mak suruh Kak Long bacakan Yaasin di sebelah Abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.
Pukul 3.00 petang, Abang semakin lesu. Lantas mak ajak Abang keluar berjalan-jalan.
"Abang, abang nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"
Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung Abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi Abang hanya minum seteguk. Kemudian, Abang lentukkan kepala pada bahu mak.
"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?" Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu. Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.
"Abang ngantuk!" Itu kata Abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak. Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. "Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak-kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja.
Sampai sahaja di wad, mak terus baringkan Abang di atas katil.
Dan Abang terus merintih dalam nada yang lemah, "Makkk..sakit perut..!"
Suara Abang amat perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi Abang.
"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan Abang pergi. Mak halalkan segala makan minum Abang. Mak halalkan air susu mak untuk Abang. Pergilah Abang. Mak izinkan Abang pergi!" Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata Abang yang semakin kuyu. Saat Abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup Abang selagi Abang masih bernafas. Mereka kucup pipi Abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.
"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu Abang dengar kamu menangis! Jangan seksa Abang dengan tangisan kamu semua!" Mak marah mereka. Mak tidak mahu Abang lihat kami menangisi pemergian Abang. Mak tahu, Abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput Abang. Mak tidak mahu tambahkan lagi kesedihan Abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat Abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.
"Pergilah Abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah.."
Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan Abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...
Pukul 3.50 petang, akhirnya Abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillahiwainnailahirajiun.
 Mak kucup dahi Abang. Mak bisikkan di telinga Abang, "Tenanglah Abang di sana . Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak Abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"
Abang, sekarang mak sudah dapat jawapanya. Mengapa mak tidak menangis? Pertama, Abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti. Kedua, apa saja keinginan Abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak. Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat Abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk Abang. Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi Abang dan menggembirakan Abang setiap saat dan waktu. Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti Abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran Abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan. Mak telah beri segalan-galanya melebihi seratus peratus untuk Abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tidak perlu menangis lagi.
Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa Abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran Abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar. Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahannya yang gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).
Al-Fatihah buat Allahyarham adik Iqbal Fahreen.
Sebuah kisah benar menyayat hati yang melambangkan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.

Aurat Oh Aurat......




SATU ketika dulu, ramai mengatakan memakai tudung itu hanyalah sunat muakad atau tidak wajib. Kalau tidak memakai tudung, hanya berdosa kecil. Kononnya sebaik saja mengambil wuduk untuk bersolat lima waktu, secara automatik dosa kita dibasuh dan terhapus.

Apabila bergaul dengan pelbagai bangsa dan agama, kita banyak mendengar dan membaca bagaimana media barat memomokkan kod pakaian wanita Islam yang dikaitkan dengan maruah dan harga diri.

Di satu sudut lain, ada wanita Islam yang bertudung dan menyangkakan mereka sudah menutup aurat, tetapi masih mengenakan seluar jeans yang ketat, kemeja T menampakkan pakaian dalam atau yang hanya layak dipakai oleh adiknya berumur 10 tahun.

Ada juga yang mengenakan tudung, tetapi memakai kain terbelah sehingga menampakkan peha, pakaian terbelah di dada, kemeja T berlengan pendek dan ada kalanya memakai skirt separas betis. Persoalannya apakah ciri pakaian menutup aurat bagi wanita Islam?

Aurat berasal daripada bahasa Arab, 'Aurah' yang bererti kurang. Di dalam fiqh, aurat diertikan sebagai bahagian tubuh seseorang yang wajib ditutupi daripada pandangan orang lain. (Wahbah al-Zuhayli (1989), al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, Damsyik: Dar al-Fikr, halaman 579)

Walaupun ulama berkompromi mengenai had aurat yang perlu ditutup oleh wanita, namun mereka bersepakat mengatakan hukum menutup aurat bagi setiap wanita Muslim yang baligh adalah wajib. Untuk memenuhi syarat menutup aurat, pakaian seseorang wanita mestilah memenuhi syarat berikut:

1. Menutupi had aurat yang sudah ditetapkan.

Jumhur ulama bersepakat mengatakan aurat bagi wanita baligh ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan. Oleh itu, mereka wajib menutup aurat daripada dilihat oleh lelaki ajnabi (bukan mahram).

Allah berfirman yang bermaksud: "Dan hendaklah mereka (wanita) menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka." (Surah al-Nur, ayat 31)

Firman Allah lagi yang bermaksud: "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah al-Ahzab, ayat 59).

Ayat itu Allah memerintahkan supaya Nabi Muhammad SAW menyuruh isteri Baginda mengenakan pakaian yang menutup aurat. Suruhan itu juga ditujukan kepada semua wanita beriman.

2. Pakaian yang longgar.

Tujuan utama wanita diwajibkan menutup aurat ialah untuk mengelakkan daripada lelaki ajnabi melihat tubuh badannya dan mengelakkan daripada berlakunya fitnah. Oleh itu, pakaian yang ketat walaupun tebal sudah pasti akan menampakkan bentuk tubuh badan. Wanita yang memakai pakaian ketat walaupun menutupi seluruh tubuh masih belum memenuhi tuntutan menutup aurat seperti dikehendaki syarak.

Syarat ini berdasarkan kepada kata Dahiyyah bin Khalifah al-Kalbi yang bermaksud: "Rasulullah SAW didatangi dengan beberapa helai kain 'qubtiyyah' (sejenis kain yang nipis buatan Mesir), lalu Baginda berkata: "Bahagikan kain ini kepada dua, satu daripadanya dibuat baju dan bakinya berikan kepada isterimu." Apabila aku berpaling untuk beredar Baginda berkata: "Dan suruhlahisterimu meletakkan kain lain di bawahnya (supaya tidak nampak bentuk tubuhnya)."

Menurut Ibn Rusyd, 'qubtiyyah' ialah pakaian yang tebal tetapi melekat pada badan kerana ianya ketat dan menampakkan bentuk tubuh pemakainya. Oleh itu, Rasulullah SAW menyuruh Dahiyyah menyuruh isterinya melapik pakaian itu dengan kain lain supaya tidak menampakkan bentuk tubuhnya.

3. Pakaian yang tidak jarang.

Syarak menetapkan pakaian wanita mestilah tidak jarang sehingga menampakkan bentuk tubuh atau warna kulitnya. Aisyah meriwayatkan bahawa saudaranya, Asma, pernah masuk ke rumah Rasulullah SAW dengan berpakaian tipis sehingga nampak kulitnya. Rasulullah SAW berpaling dan mengatakan: "Hai Asma, sesungguhnya seorang perempuan bila sudah datang waktu haid, tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini sambil ia menunjuk muka dan kedua telapak tangannya."

Teguran Rasulullah SAW terhadap Asma jelas menunjukkan bahawa pakaian yang jarang tidak memenuhi syarat menutup aurat bagi wanita baligh.

4. Bukan pakaian yang menarik perhatian (pakaian syuhrah).

Apa yang dimaksudkan pakaian untuk bermegah ialah pakaian yang berlainan daripada pakaian orang lain sama ada dari segi warna, fesyen atau potongan sehinggakan menarik perhatian orang lain serta menimbulkan rasa bongkak pada pemakainya.

Ibn Umar meriwayatkan daripada Nabi SAW bahawa Baginda bersabda yang bermaksud: "Barang siapa yang memakai pakaian bermegah-megah maka Allah Taala akan memakaikannya dengan pakaian yang serupa pada hari kiamat kelak kemudian ia akan dijilat api neraka."

5. Tidak menyerupai pakaian lelaki atau pakaian orang kafir.

Pakaian yang menutup tubuh badan tidak dikira sebagai memenuhi ciri pakaian Islam jika menyerupai pakaian orang kafir. Ia berdasarkan hadis Rasulullah SAW seperti diriwayatkan Ibn Abbas: "Rasulullah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki."

Larangan menyerupai pakaian orang bukan Islam ini atas alasan ia boleh menjatuhkan martabat Islam dan penganutnya.

6. Tidak bertabarruj.

Tabarruj dalam bahasa mudah boleh diertikan sebagai bersolek. Ada juga yang mengatakan tabarruj ialah melepaskan tudung kepalanya tetapi tidak mengikat/mengetatka nnya, lalu terlihatlah rantai leher, anting-anting dan lehernya. Kesimpulannya tabarruj ialah memperlihatkan keelokan, kecantikannya yang sepatutnya wajib ditutup.

Larangan ini berdasarkan kepada firman Allah yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku (tabarruj) seperti orang jahiliah dulu (pertama)." (Surah al-Ahzab, ayat 33)

Ayat itu petunjuk kepada isteri Nabi SAW supaya tetap di rumah dan tidak bertabarruj seperti orang jahiliah dulu. Konsep tabarruj jika dilihat dalam kerangka lebih luas meliputi perbuatan wanita mendedahkan aurat, memakai wangian apabila keluar rumah, cara berjalan atau tingkah laku yang menarik perhatian lelaki ajnabi.

Pakaian wanita menutup aurat mestilah memenuhi ciri disebutkan walau di mana mereka berada. Berdasarkan syarat itu juga dapat kita ukur sejauh mana wanita Muslimah sudah menutup aurat atau hanya bertudung saja seperti fenomena di Malaysia apabila ramai bertudung tetapi memakai pakaian tidak menepati syariat. Ia adalah fenomena pemakaian tudung kerana fesyen, ikut-ikutan, paksaan ataupun berdasarkan kejahilan dan bukannya ilmu Islam sebenar.

Penulis ialah Pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan boleh dihubungi di emel wanitajim0@yahoo. com

kenangan terindah!!!!!



kenangan terindah aku bersamanye ketika aku berpuasa di rumahnye........keriangan adiknye si akmal mmbuatkan aku x pernah sunyi........kepetahan mak dan ibunye berbicara membuatkan aku rase tempoh yg sekejap je berpuase dirumahnye.......untuk pengetahuan korang sume,antara masakan yang wajib apabila aku datang je rumahnye adalah bubur lambuk,ayam msk pds dan udang msk pds......tetapi yg specialnye bubur lambuk kerna ianya resipi tradisi maknye........dan mmg trbukti bubur lambuk tradisi kluargenye mmg sdp kerna itulah kali prtma aku mkn bubur lambuk dan aku "ketagih" dengannye........sememangnye aku merindui saat itu.......

Thursday, 11 August 2011

Drogba vs Booker T!!!!hehe


ahli gusti telah menukar kariernye dgn mnyrtai sebuah kelab bola sepak yg terkemuka???????? diberitakan bahawa setelah booker t kecewa dgn kariernye sbgi ahli gusti,die menukar kariernye dan sekarang die telah menjadi seorang yang terkenal dan sebab tu die kuat berlakon atas padang......heheh......